

Peta : Sistem Angin Monsun di Malaysia
CIRI-CIRI IKLIM DI MALAYSIA
- Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
- Kawasan di dunia yang terletak antara 5o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
- Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
- Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana :
- Malaysia dikelilingi oleh laut.
- Hujan lebat turun sepanjang tahun.
- Banyak awan.
- Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
- Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
- Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
- Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
- Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
- Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
- Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
- Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.



3 comments:
i wish that they could have more information
ada tentang tumbuh tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
Takde banyak sikit ke?
Post a Comment